Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.

Wednesday, January 16, 2013

Monday, January 14, 2013

Wednesday, January 9, 2013

GALERI PETRONAS


PAMERAN TAMAN NURANI @ GALERI PETRONAS

Galeri Petronas yang bertempat di tingkat 3, Suria KLCC sedang menganjurkan pameran Taman Nurani yang mempamerkan sebanyak 56 karya karya kontemporari Islam dari 25 pelukis tersohor tanah air. Pameran ini telah bermula dari 4 Dec 2012 yang lalu dan akan berakhir pada 17 Feb. 2013.

Majlis pelancaran akan diadakan pada 11 Jan 2013 dan akan disempurnakan oleh Prof. LAr. Ismawi Hj. Zen ,Dekan ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
                              
Antara pelukis ternama yang karya mereka dipamerkan di sini termasuklah Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Omar Basaree, Khatijah Sanusi, Sharifah Fatimah Syed Zubir  dan ramai lagi.

Komitment yang diberikan oleh pihak Galeri Petronas dalam memartabatkan seni Islam tanah air tidak harus dipandang sepi oleh warga awam dan warga artis tempatan. Peluang yang dibuka seharusnya dimanafaatkan sebaik2nya. Namun begitu, sebagai warga awam dan warga artis, saya sendiri merasakan satu perasaan elitis apabila nama Galeri Petronas diungkapkan. Perasaan elitis ini seharusnya dirungkai aga warga awam tidak 'segan' untuk berkunjung ke galeri Petronas.

Menyedari perlunya kerjasama antara galeri dan warga artis serta orang awam, pihak galeri telah mengambil langkah ke depan dengan menjemput bloggers untuk menikmati pameran ini dengan layanan istimewa dari kurator jemputan iaitu  Prof. Dr. Muliyadi Mahamood. Para bloggers yang terdiri dari artis dan penggemar seni ini telah dibawa melawat dan menghayati setiap karya yang dipamerkan. Melalui lawatan ini, kami sedar bahawa perlu ada satu kerjasama anatara pihak galeri dan warga blogers untuk menyemarakkan seni tanah air yang selama ini seolah2 berada dalam kepompong sendiri. Antara galeri dan artis/awam, saling memerlukan. Namun pendedahan yang ada rasanya tida begitu sampai ke pada matlamat. Oleh itu peranan bloggers juga penting dalam membina satu rantaian yang sempurna.

Ayuh, sama2 kita berkunjung ke Galeri Petronas untuk menghayati karya2 seni Islam dari artis2 tersohor tanah air, dan ianya adalah percuma... 

Gambar2 berikut adalah sesi lawatan blogers bersama Prof Dr Muliyadi tempoh hari.

 Terima kasih kepada pihak Galeri Petronas khususnya kepada Puan Rashidah Hj Ali dan pihak Eric Pringle Assoociates Public Relation Sdn. Bhd yang sudi menjemput kami dan melayan kami sebegitu exclussive.




kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store