KARYA-KARYA KUFI UNTUK DIJUAL
▼
Friday, May 23, 2014
Wednesday, May 21, 2014
Bahagaian Pinjaman Perumahan
Satu permintaan dari saudara Macam2 ada.. nah ini dia..
Bahagian pinjaman perumahan
Pada perkataan perumahan itu, saya langgar hukum dengan menggunakan huruf yang bukan di tempatnya iaitu :
1. Huruf mim itu adalah untuk huruf tengah tapi saya gunakan di kedudukan awal
2. Begitu juga huruf Ha, kedudukan awal tapi saya letak di tengah
3. Dalam tulisan cara biasa sepatutnya ada tiang rumah nun selepas Ha tapi saya tiadakan.
Bandingkan dengan kaedah yang strictly mengikut hukum sebagaimana di bawah
Bagaimana pendapat kalian?
Bagi saya , kaedah ini nampak kaku terutama pada Nun. Terpulang kepada kalian untuk memilih. Adakah kaedah yang pertama itu salah? Tidak, kerana ini adalah satu gubahan kepada satu khat, bukan tulisan cara biasa. dan gubahan ini tidak menghilangkan keboleh bacaan karya ini.