Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.
Donno what happened, either it was hacked or my own mistakes. But all previous photos in this blog has gone no where. Cannot be seen unless you see it in my HD :-). Life goes on.. still have no time to rectify this defect, still no time to repost all lost photos. But, for new artworks and articles, insya Allah from time to time i will update. Thank you for visiting and purchasing. To contact me, please use my email. God bless us all

Tuesday, October 9, 2012


Surah al-Ikhlas (Kemurnian Keesaan Allah)
Surah Makkiyah,bilangan ayat:4.
Bismillahirrohmaanirrohiiim.
1. Katakan (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa."
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang
hajat."
3. "Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan;"
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengannya."
Pendahuluan:
Surah ini diwahyukan di Mekah. Surah ini menerangkan sifat keesaan Allah s.w.t.
yang menjadi asas 'aqidah yang sahih.
Penurunan ayat ini bersebab iaitu Nabi Muhammad pernah ditanya tentang Tuhannya.Maka dalam surah ini,baginda diperintah untuk menjawab pertanyaan
itu,bahawa Allah adalah Tuhan Yang memiliki segala sifat kesempurnaan,Tuhan
Yang Maha Esa,Tuhan tempat kembalinya setiap keperluan,Tuhan Yang tidak berhajat kepada sesiapapun,Tuhan Yang Maha Suci daripada sifat yang serupa dengan makhluknya,Tuhan Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan,dan Tuhan yang tidak satu makhluk pun dapat menyerupainya.
~~Intasari utama surah~~
1. Mengisbatkan sifat keesaan bagi Allah s.w.t.
2. Mengisbatkan sifat samadiyyah bagi Allah s.w.t. iaitu Allah s.w.t. ialah Tuhan
yang menjadi tempat sandaran sekalian makhluknya,sedangkan Dia sedikit
pun berhajat kepada makhluknya.
3. Menolak kepercayaan syirik seperti menganggap Allah s.w.t. mempunyai anak.
4. Menolak sebarang sifat penyerupaan dengan makhluk terhadap Allah s.w.t.

SODAQOLLAAHUL'ADZIM.

No comments:

Post a Comment

kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store