Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.

Wednesday, February 12, 2014

sambungan dari artikel terdahulu :

FALSAFAH ADALAH DI SEBALIK PENCIPTAAN LOGO

Saya bukan nak mengajar tuan2 bagaimana nak buat logo. Of course not! I'm not a graphic designer to do so. Saya cuma nak kongsi sesuatu tentang logo iaitu tentang pengertian logo.

Apabila kita melihat sesuatu logo samada yang berbentuk objek atau sekadar tulisan, kita dapat satu pengertian tentang siapa di sebalik logo itu. Contohnya pada logo masjid ciptaan Mamoun Sakkal ini.
Sekali pandang, kita akan tahu bahawa ia adalah logo sebuah masjid kerana logo ini dibentuk dari tulisan khat kufi square yang digubah dalam bentuk masjid. Tetapi kita belum tahu masjid apa, lalu kita meneliti tulisan yang membentuk rekabentuk ini. Baru kita tahu bahawa ia adalah Masjid Darussalam.

Lalu kita meneliti secara detail tulisan kufi tersebut dan kita persoalkan:-
1.Kenapa Dal nya begitu
2.Kenapa gigi sin nya tak menyentuh lantai huruf
3.Kenapa Alifnya sejajar dengan Ra dan Lam?
4.Kenapa ada 3 set gigi Sin?
5.Kenapa Mim nya begitu
6.Kenapa ada garis di bawah Dal dan di bawah Mim?
Ini sudah salah kalau ikut hukum2 kufi murabba'........ kononnya!

Sebenarnya komen2 di atas akan timbul kalau kita mengomen dari sudut traditional caligrapher sedangkan item yang kita komen adalah satu rekabentuk grafik. Adilkah? Atau sebenarnya kita yang kurang faham tentang konsep penciptaan logo?

Salah satu ciri dalam penciptaan logo adalah simetrikal. Begitu juga, antara ciri seni Islam adalah pengulangan (repeatation). Simetrikal dgn repeatation adalah adik beradik. Untuk mencapai satu rekabentuk simetrikal, beberapa perkara perlu dikorbankan seumpama yang ditanyakan dalam 6 soalan di atas.

Logo adalah satu gambaran tentang apa yang dilogokan. Gambaran ini adalah sebenarnya satu falsafaah tentang apa yang dilogokan. dan falsafah ini dizahirkan dalam:-
1.Bentuk logo
2.Warna2 yang digunakan
3.Item2 tambahan
4.Tulisan2 tambahan

Jadi, apabila kita mencipta logo dengan medium kaligrafi, tidak salah untuk mengorbankan beberapa hukum kaligrafi itu selagi ianya tidak jauh tersasar demi menimbulkan falsafah yang nak ditonjolkan. So, mana yang penting, falsafah atau hukum hakam khat itu? Kebanyakan logo yang menggunakan medium khat yang tidak melanggar hukum hakam khat tersebut adalah terdiri dari bukan kufi.

Cuba teliti contoh2 logo di bawah dan nilaikan sendiri. Next posting, kita akan tengok logo yang menggunakan khat kufi dan  melanggar hukum2nya . ada yang boleh diterima dan ada yang tertolak.Insya Allah.





  



  



  


























for further reading, visit here http://logoblink.com/tips-tricks/
Logo2 yg dipaparkan di sini adalah bersumber dari merata web di internet

No comments:

Post a Comment

kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store