NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL
To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.
Thank you.
KARYA-KARYA KUFI UNTUK DIJUAL
Showing posts with label QURAN. Show all posts
Showing posts with label QURAN. Show all posts
Friday, February 28, 2014
Friday, July 26, 2013
Friday, April 19, 2013
Monday, April 8, 2013
Wednesday, April 3, 2013
Monday, April 1, 2013
Monday, March 25, 2013
Friday, March 22, 2013
Tuesday, March 12, 2013
Thursday, December 27, 2012
Thursday, December 6, 2012
Sejarah penulisan AlQuran
KUFI KUNO KUFI BARU
Khat kufic adalah jenis tulisan 'monumental' dan tidak digunakan dalam penulisan pada suhuf pada peringkat awal penghijrahan rasul ke madinah. Ianya semakin diguna pakai dalam urusan harian apabila pembaikan2 dilakukan kepadanya sehingga disempurnakan di bandar Kufah di mana ianya digunakan dalam urusan harian. Pada peringkat awal i.e di zaman nabi sehingga khalifah Umar, tulisan arab tidak bertitik sehinggalah ia di majukan di zaman Khalifah Uthman dengan beberapa penambahan kepada nilai penulisan spt penggunaan titik dan keseragaman kaedah penulisan (qiraat). Oleh itu sekiranya kita melihat kepada tulisan kuno, banyak yang tidak sama dengan tulisan moden. Namun begitu, bagi penulisan AlQuran, rasm Uthmani adalah di gunakan, malah ada ulamak yang mengharamkan pengguguran sebarang huruf atau tanda dari tulisan rasm Uthmani ini. (walaupun ada juga yang membolehkan, majoriti ulamak muktabar mengharamkan). Ini berkait rapat dengan kedudukan AlQuran itu sebagai mukjizat Nabi di mana setiap huruf adalah mukjizat.
Rasm Uthmani bermaksud kaedah penulisan mengikut apa yang telah dibangunkan oleh Khalifah Uthman dalam menyatukan beberapa rasm lain pada zamannya. setelah mushaf dihasilkan di zaman Khalifah Uthman, suhuf2 lama dibakar bagi mengelak kekeliruan.
Amat menarik mengkaji bagaimana AlQuran ditulis dari suhuf kepada mushaf dan seterusnya perkembangan tulisan AlQuran/ arab itu sendiri.
Gambar di atas menunjukkan perkataan Allah Muhammad dalam kufi kuno melingkari perkataan yang sama yang saya buat dalam kufi moden. Aaakah anda sedar perbezaannya?
AlQuran sebagai penyembuh
Bila di timpa musibah, mengadu lah kepada Allah
Dan kami turunkan dari alQuran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan alQuran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian- al Isra':82
dalam kuliah sirah lewat solat maghrib tadi ust
dalam kuliah sirah lewat solat maghrib tadi ust
az menceritakan kisah nabi Musa yang sakit perut. Lalu baginda memohon pertolongan kepada Allah dan Allah mewahyukan kepada baginda untuk mencari sejenis tumbuhan sebagai ubat. Lalu baginda perbuat apa yang diwahyukan dan sembuh. Ketika lain, baginda diserang sakit perut lagi, lalu segera baginda mencari tumbuhan yang sebelum ini digunakan. Diperbuatkan sebagaimana telah baginda lakukan sebelum itu, namun sakitnya tidak hilang. Lalu baginda mengadu kepada Allah dan Allah menjawab, pertama kali sakit kamu mengadu kepada Ku lalu aku berikan kesembuhan.Kali ke2 sakit kamu tidak mengadu kepadaKu sebaliknya kamu mmengadu kepada pokok itu lalu kamu tidak peroleh kesembuhan.
(menurut ustaz kisah ini dipetik dari satu majlis bayan dan ustaz belum dapat mengesahkan status riwayat ini) Namun begitu pengajaran yg hendak di kutip dari kisah ini ialah tentang pergantungan kita kepada Allah DALAM SETIAP PERKARA PADA SETIAP DETIK........... selalulah 'berbicara' dengan Allah, Dia Maha Mendengar..

Thursday, October 18, 2012
Sunday, September 16, 2012
Sunday, August 26, 2012
Monday, April 16, 2012
Monday, March 19, 2012
BACALAH....
Surat Al 'Alaq terdiri atas 19 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah.
Ayat 1 sampai dengan 5 dari surat ini adalah ayat-ayat Al Quran yang pertama
sekali diturunkan, yaitu di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berkhalwat di gua Hira'.
Surat ini dinamai Al 'Alaq (segumpal darah), diambil dari perkataan
Alaq yang terdapat pada ayat 2 surat ini. Surat ini dinamai juga dengan
Iqra atau Al Qalam.
Pokok-pokok isinya:
Perintah membaca Al Quran; manusia dijadikan dari segumpal darah; Allah menjadikan kalam sebagai alat mengembangkan pengetahuan; manusia bertindak melampaui batas karena merasa dirinya serba cukup; ancaman Allah terhadap orang-orang kafir yang menghalang-halangi kaum muslimin melaksanakan perintah-Nya.
1.Recite in the name of your Lord who created -Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
2.Created man from a clinging substance.- Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3.Recite, and your Lord is the most Generous -Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
4.Who taught by the pen - Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5.Taught man that which he knew not. - Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Sunday, June 26, 2011
Surah An Najm Ayat 39
Penerangan oleh Dr Asri dipetik dari DrMAZA.com
PANDANGAN AL-IMAM IBN KATHIR NUKILAN DARI AL-IMAM AS-SHAFII'
Al-Imam Ibn Kathir (w 774) ialah tokoh ilmuwan Islam yg terbilang. Tafsirnya iaitu Tafsir al-Quran al-'Azim atau dikenali dengan tafsir Ibn Kathir telah menjadi antara rujukan utama tafsir bagi umat Islam.
Ketika menafsirkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Najm, ayat 39 (maksudnya):“Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”,
al-Imam Ibn Kathir menyebut: "Maksudnya, seperti mana seseorang tidak menanggung dosa orang lain, demikian dia tidak mendapat pahala melainkan apa yang diusahakannya sendiri. Dari ayat yang mulia ini al-Imam al-Syafi’i dan sesiapa yang mengikutnya membuat kesimpulan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati kerana itu bukan amalan dan usaha mereka. Justeru itu, Rasulullah s.a.w tidak pernah menggalak, atau menyuruh atau menunjukkan umatnya kepada perkara tersebut samada secara nas yang jelas, atau isyarat.Tidak pernah diriwayatkan seorang pun dari kalangan sahabah r.ahum yang berbuat demikian. Jika itu sesuatu yang baik, tentu mereka telah pun mendahului kita melakukannya. Bab ibadah khusus hanya terbatas dalam lingkungan nas semata, tidak boleh diubah-ubah dengan berbagai kias dan pandangan. Adapun doa dan sedekah, maka itu disepakati sampai pahala keduanya kepada si mati kerana dinaskan oleh syarak”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/328, Beirut: Muassasah al-Rayyan).

Subscribe to:
Posts (Atom)