Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

kufi masjid

KUFI DI MASJID TBS

Sebuah masjid dalam pembinaan di TBS (terminal bas bersepadu) menggunakan motif kufi pada hiasan cerminnya. Sahabat yang bekerja di situ mengajukan gambarnya meminta pandangan saya. Setelah diperhalusi, saya dapati ada kesalahan pada kufi tersebut yang amat serius iaitu
1.Huruf yang tertinggal
2.Huruf tidak bersambung
Saya lakarkan semula kufi tersebut dan kesalahan yang ada padanya dalam rajah di bawah.



Wednesday, August 6, 2014


TUTORIAL KUFI BULAT

Hah.. kufi bulat? mana ada.. kufi itu sendiri kan bermaksud garis2 lurus bersegi (fahaman layman). Maksud di sini ialah layout kufi segi 4 dalam bentuk bulat. Macam ni :


Ok. Untuk tutorial ini, kita akan menulis perkataan "Ulang Tahun Ke "
Cek ejaan jawi dulu betul atau tidak, kemudian tulis dalam layout mendatar , macam ni:


Ingat! Hukum kufi segi 4 yang penting adalah setiap ruang positif (hitam mesti di isi, tidak boleh meninggalkan kosong sehingga menjadikan ruang negatif (putih) double layer . Dalam contoh ini saya warnakan ruang positif yang perlu diisi dengan warna merah. Rujuk di bawah:



Sekarang bayangkan kufi ini dalam bentuk bulat. 
Ruang merah segi 4 pada Kaf itu boleh diisi dengan Sin pada awal perkataan manakala kaki kaf boleh dipanjangkan menggunakan garis merah di bawah sin dan mim. Manakala Huruf Nga boleh dipanjangkan kakinya untuk menutup ruang positif yang belum terisi. Macam ni :


OK. sekarang kita sudah mendapat satu layout mendatar dengan ketinggian huruf 7 bar. Semua ruang positif telah terisi. Langkah seterusnya ialah menjadikannya bulat.

1. Perhatikan pada hujung sebelah kanan itu saya lebihkan satu bar yang terletak pada posisi negatif. Tujuannya ialah apabila dibulatkan, huruf awal dengan huruf akhir tidak melekat (bersambung berdampingan)

2. Groupkan kufi diatas terlebih dahulu

3.Tekan ikon brush panel dan panel brush akan terpapar.

4.Drag kufi mendatar itu ke panel brush dan akan keluar satu lagi panel iaitu panel new brush.
Set kan brush kepada art brush 


5. Tekan OK dan akan keluar panel  Art Brush Option
Setkan seperti daalam gambar di bawah:


6. Tekan OK - akan terpapar imej kufi tadi pada panel brush. (1). Seterusnya klik pada ellipse tool, ambil bentuk bulat dan buat bulatan mengikut saiz yang di kehendaki. Unchecked pada panel color dan outline terlebih dahulu.

7. Highlightkan bentuk bulat yang dibuat tadi (1) , kemudian double click pada imej kufi dalam panel brush (2), otomatik bentuk kufi bulat akan terhasil pada bulatan tadi (3)


8. Untuk tambahan design atau make up apa2 yang patut, saya gunakan photoshop. Terpulang kepada anda untuk langkah seterusnya. Selamat mencuba. (boleh juga cuba arrow ke kanan dsb pada step no. 5)


Tuesday, August 20, 2013

Tutorial kufi

Penggunaan Hamzah

Hamzah ada 2 jenis iaitu hamzah baris dan hamzah huruf. Dalam penulisan khat kufi lama, biasanya hamzah baris tidak digunakan contohnya seperti yang terdapat pada qamis sayidatuna fatimah, lihat gambar di bawah:




Perhatikan pada kalimah La ilaha illallah itu, hamzah baris ditiadakan dalam kufi. Ini adalah kerana huruf alif itu boleh berdiri sendiri walau dengan ketiadaan hamzah. Namun begitu, boleh juga kalau hendak dimasukkan hamzah baris tersebut ke dalam kufi. 

Apabila hamzah baris digunakan dalam kufi, saiznya tidak boleh sama besar dengan huruf kerana ia akan mengelirukan bacaan. 

Contoh ke dua, kalimah Allahu akbar 
Apabila dikufikan tanpa menggunakan hamzah, boleh dibuat sebegini :
atau dalam orientasi "pukul satu" - 
Namun begitu , sekiranya hamzah hendak digunakan, berhati2 dalam meletakkan hamzah tersebut agar tidak lari dari fungsinya dan dalam flow yang berterusan (continuity). Jangan nanti dek kerana hendak memasukkan hamzah menjadikan kalimah yang ditulis itu keliru atau lebih teruk lagi ianya salah sebagaimana contoh yang saya dapat dari internet ini :


Kesalahan yang ketara dalam kufi ini ialah hamzah yang ditulis itu berupa huruf Dal. Mungkin pengkarya akan mengatakan ianya hamzah yang berada di atas alif yang berada di datum utara (atas), namun begitu hujah ini masih boleh dipertikaikan kerana hamzah baris sepatutnya lebih kecil dari huruf. Saiz yang sesuai adalah dalam ketinggian 3 bar sahaja. 

Oleh itu apabila menulis kufi dengan menggunakan hamzah, berhati2lah agar ianya tidak mengubah makna ayat  dan mengelirukan khalayak. Tujuan kita berkufi atau berkarya dgn apa2 jenis khat sekalipun adalah untuk menyampaikan apa2 kalimah yang baik kepada khalayak. Jika ianya kalimah keagamaan, apatah lagi ayat quran,maka berhati2 lah..

Semoga bermanafaat.





Wednesday, August 14, 2013

Friday, June 28, 2013

BEDAH SISAT :
Hari ini warga kufi agak 'riuh' akibat dari satu logo yang tidak menepati ciri-ciri kufi murabba' (kufic square) ini. Logo yang dimaksudkan ialah logo pelancaran 10 tahun Takaful Ikhlas. Mari bincangkan, bukan niat nak kondem tapi atas dasar ilmu.

Ini adalah logo yang dimaksudkan:


ditulis semula:





tulisan yang betul dengan huruf asas:

Kesalahan yang dikesan:
Memang agak sukar untuk mengekalkan tulisan ini dalam bentuk khat kufi dengan ketinggian sekata samada 5 bar atau 7 bar. Apatah lagi ianya ditulis dalam aliran 2 baris ( 2 layer flow). Untuk mendapatkan satu bentuk khat yang menepati ciri2 kufi, beberapa pengubahsuaian perlu dibuat. Ini termasuklah menukar flow dan variasi huruf. Oleh itu cadangan saya, bolehlah dibuat sebegini:

Of course yang ini pun tidak perfect, tetapi sekurang2nya karakter huruf, flow dan +ve/-ve nya menepati syarat.

Monday, June 17, 2013

Tutorial - membina kotak segiempat sama yang sempurna



Saturday, June 1, 2013

Monday, March 25, 2013

Ancient kufic

A member of FoKS posted this photo, said being taken at Masjid Nabawi

I rewrite the kufic as below:
And colour code , and re arrange as below :-

Now, who can read this?

Tuesday, March 19, 2013

ancient kufic




Membaca Ancient Kufic/ Kufi Kuno


source: http://kufikufi.blogspot.com/

Gambar di atas menunjukkan salah satu karya kufi kuno yang terdapat di Masjid Nabawi . Kufi ini dilukis semula sebagai berikut:
(note: sebelum ini saya tersilap upload gambar, sorry)
Sebagaimana yang kita sedia maklum, penulisan Arab di zaman silam tidak bertitik. Demikian juga karya kufi ini, tidak bertitik. Oleh itu amat sukar untuk membaca apakah yang tertulis pada karya ini. satu kaedah untuk menelah apa yang tertulis ialah dengan menggunakan kod warna pada perkataan2 yang dapat kita teka, sebagaimna berikut:

Dengan merujuk kepada AlQuran, dapat dipastikan bahawa ayat yang ditulis ini adalah ayat 40 dari surah Al Ahzab iaitu :-

Sahih International
Muhammad is not the father of [any] one of your men, but [he is] the Messenger of Allah and last of the prophets. And ever is Allah , of all things, Knowing.
Dapat diperhatikan bahawa karakter2 huruf kufi ini amat berbeza dengan aliran semasa baik dari segi +ve/-ve mahupun dari segi sifatnya. (akan dibincangkan dalam posting akan datang) . namun begitu hukum 'flow' nya masih terjaga.
kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store