Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.
Donno what happened, either it was hacked or my own mistakes. But all previous photos in this blog has gone no where. Cannot be seen unless you see it in my HD :-). Life goes on.. still have no time to rectify this defect, still no time to repost all lost photos. But, for new artworks and articles, insya Allah from time to time i will update. Thank you for visiting and purchasing. To contact me, please use my email. God bless us all

Sunday, December 23, 2012

MENJAWAB ISU MEMBUAT TUDUHAN HIPOKRIT (2)

ini postingnya:

Abi Husna dont be hipocryte: isu is buat kufi tanpa titik. so long , FoKs refer kufi to Jawi dan jawi memang sah sah bertitik. Dan kufi ini asalnya dari penulisan Quran yang mana kufi tanpa titik telah jadi bahan sejarah. Tidak lagi di praktikkan. Tetiba kita nk praktikkan balik atau nak menghalalkan balik kufi tanpa titik? Ini bahaya sebab kufi and alquran berkait. Walaupun buat kufi itu bukan ayat, tapi kita masih memiinjam tulisan alquran. Kalau org yg baru nak belaja2 kufi tengok tanpa studi, dia ingat boleh bua kufi tanpa titik. I hope u guys can see what my worry. Kita bermain dengan barang mukjizat, bukan ikut kepala otak kita. Barang terpelihara. Sedangkan hukum membuat khat ayat berbentuk orang diharamkan kerana kesucian huruf quran dilukis dikaki, di punggung orang, apatah lagi menghilangkan huruf atau tandanya yang merupakan mukjizat. Kalau nak berkufi gaya resam uthmani kena ikut qiraat dia. Lainlah kalau kita buat resam sendiri i.e resam FoKsie cthnya, boleh aje nak tulis macamana asal resam itu kita terima pakai. (fakta ini saya pegang kpd ada ulamak membolehkan menulis quran dalam bahasa arab moden) tapi siapalah kita utk keluar dari aliran yg telah disepakati jumhur ulamak muktabar? Dan sekiranya kufi itu dibuat sebagai logo, saya masih reserve saya punya komen. Harap tuan2 faham maksud saya. Bukan nak halau jin, walaupun nampak banyak jin kat sini,,, ada yg pakai toncet lagi..
 (rujukan https:
//www.facebook.com/photo.php?fbid=509497035738026&set=o.134555229906187&type=1&theater)

ini puncanya:


Ariff Ashaari saya nak tanya satu jer: Kufi Did-Ji-Ri-Du ni ayat Quran ke atau Logo (nama sebuah alat musik)?
Pertanyaan arif ini adalah kerana beliau nak menghalalkan solution yang beliau dapat ini - tanpa titik.

Sebelum posting ni :
Fahmi Wanie TQ! Rupanya ada juga variasi yg tanpa titik... Kufi tradisional ye?
Ariff Ashaari guna hanya bila sesuai, variasi 'back to ole school'
Abi Husna Khalifah Uthman telah mengharamkan penggunaan tulisan2 kuno tanpa titik malah telah membakar semua suhuf2 lama kerana ditakuti akan mengelirukan umat Islam dalam membaca alQuran. Ini dilakukan setelah usaha pembukuan alQuran ibuat dengan resam Uthmani yang diperakui oleh semua Ulamak muktabar , malah ulamak mengharamkan pengguguran sebarang huruf atau tanda dari tulisan alQuran resam Uthmani kerana setiap huruf alQuran adalah mukjizat. Specimen2 tanpa titik yg ada hari ini adalah bahan sejarah yg tak perlu dihidupkan kembali. Wallahu a'lam
Fahmi Wanie kiranya walaupun kita translate dari rumi ke jawi penggunaan huruf ada titik perlu ada la ye?
Abi Husna tulisan jawi memang ada titik
Abdul Syakir huhu.. cam mane tu pula tuan Ariff Ashaari.
Ariff Ashaari relax, ini bukan Quran
Azizi Mohammed Isa yg kita dok pulun belajar ni pun sesuatu yg telah diharamkan.. ye tak? (klu ikut statement tu la..)..
Abi Husna saya tak mengajak kepada polemik, saya bagi tau apa yg saya tau , maaf
Fahmi Wanie jadinya penggunaan huruf ayat al-quran dlm berkufi perlu sempurna hurufnya, kalau ada titik, titiklah ia dan penggunaan rumi yg kita gunakan translate kepada jawi penggunaan huruf kufi yang titik kita boleh mansuhkan mengikut keadaan kan?
Fahmi Wanie *mansuhkan titik*

arif kata kufi ole school. Kalau ole school ke, kuno ke, atau macam istilah azizi - jurasic ke, tak sama macam jawi moden. Jawi yang kita guna pakai sekarang jawi moden. Kalau ole school ke atau jurasic ke, ejaan dia tak sama dengan jawi moden, tapi masih bertitik. tak caya, cek kitab kuning- Titik tetap ada tapi ejaan tak sama. Contoh, ejaan bumi pada jawi lama adalah Ba Wau Mim sedangkan ejaan pada jawi moden Ba Wau Mim Ya, warna di eja Alif Ra Nun sedangkan jawi moden eja Wau alif Ra Nun Alif. Titik tetap ada,  tak dibuang.

Titik yang tak ada adalah dalam tulisan arab kuno sebagaimana penerangan saya dalam posting di atas. Jadi di sini, karya  Did Jiridu ini menggunakan tulisan apa? Jawi ?- salah, sebab tak ada titik. Arab kuno? Tak pernah kita prakikkan di FoKS malah carta huruf juga kita ubah dari arab kuno ke Jawi, contoh Alif bengkok, FoKS tak approve. Ini baru bab karakter huruf. kita tak sentuh bab resam (cara tulis) di sini sebab cara tulisnya betul ikut jawi tapi  ikut uthmani mungkin tak betul sebab tulisan uthmani ada baris.

kenapa saya kata  dont be hipocryte ? sebab  dalam amalan FoKS sentiasa refer kepada jawi, contoh:
kata Adrin :
1.Every stroke direction and stroke count is important in KUFI, do not CHEAT :-)
2. bila tulis kufi, atau judge kufi, mesti sentiasa ada STROKE MINDSET mcm ni 

contoh ke 2:
arif sendiri refer directly kepada Jawi dalam mencipta karakter huruf w/pun Jim yang ke 3 tu diperdebatkan dan bagi saya, saya tak boleh terima.

Moralnya di sini, baik dalam karakter huruf, mahupun stroke - FoKS refer kepada jawi. Lalu apa alasan untuk menggugurkan titik? Sebab tak dapat solution untuk Did Ji RiDu?Thats y saya kata jangan hipokrit. On one hand kita sangat strict ikut jawi, tapi bila jumpa masalah, tak boleh nak solve- kita abaikan prinsip2 jawi. Sudahnya FoKS jadi cacamerba.

 Saya dapat sollutionnya- 
ada sesiapa nak komen tentang wau ? Itu variasi saya. Atau nak komen tentang Ya? Itu strok saya, yang penting saya tak korbankan titik - orang senang2 boleh baca itu did Jiri Du.



Seterusnya, isu berkaitan :

Azizi Mohammed Isa ok, biar sy re-phrase balik
> kita sume SEPAKAT utk mengatakan bhw kufi tnpa titik tu adalah khat tertua (malah dlm penulisan AlQuran pn), ada yg gelar (paper) kufi kuno, atau antik, atau jurasik, atau olskool.. betulkan?

Salah - khat tertua bukan kufi. kufi adalah adaptation dari tulisan tulisan2 lain termasuk aramaic dan kufi yang digunakan untuk menulis Quran bukanlah kufi Murabba' atau angular kufic (rujuk Islamic Awarness dll) tetapi beberapa jenis kufi berlengguk (fatimi dll)

> rasanya sume kufier di dunia ini SEPAKAT bhw kita cuma mengaplikasikan kesenian visual yg ada pd kufi ini shj. klu pn ada kufi yg ditulis "Ayat" pn (atau pn tanpa titik), ia masih tertakluk kpd seni hiasan visual & bukannya utk tujuan pembacaan ataupn pembelajaran formal.. betulkan?

Memang ada pendapat mengatakan kufi square ini hanya utk tujuan hiasan namun begitu itu tidak menghalalkan untuk menghilangkan apa2 hurf atau tanda dari ayat alquran

> kita di FOKS ini pn sepakat bhw kita hanya mahu belajar kufi ini dengan kaedah/hukum/pengkiraan/bentuk huruf/dll yang kita sume SEPAKAT mengenainya.. betulkan?
so, biasakan yg betul & betulkan yg biasa.. sbb itu adalah nilai yg biasanya diSEPAKATi... peace..

Sebab tak sepakat lah berlakunya perbincangan ini. Semua harus sedar bahawa di FoKS tidak ada guru. Kalau dulu Awang Purba boleh dianggap guru sebab (dalam penilaian saya yang tak kenal awang personally) Awang ada formal education . Begitu juga Ustaz Wahab, w/pun aliran utama ustaz wahab bukan square kufi tapi asas khat2 lain pun ada yang bersamaan dengan kufi.Ingat tak bagaimana Awang mengajar kita tentang hukum spiral ? Itulah guru yang mengajar secara akademik. Dan ingat tak bagaimana Ust Wahab menegtengahkan Lam Mim bersambung dengan mim jalan dulu dari lam? Dalam khat lain boleh tapi tak sesuai dengan kufi sebab melawan hukum spiral, namun apa yang Ust Wahab bagi itu satu ilmu juga. Contoh2 lain, sila korek sendiri posting2 lama di foKS. Begitu juga dgn Hilmy dan MSY - mereka antara pioneer kufi yang ilmu mereka banyak tercurah ke FoKS w/pun aliran awal Hilmy adalah bridging dan tak disukai oleh foKS. Tak semestinya apa yang FoKS approve diterima sebulat suara, ada yang diterima ada yg tak tetapi kerana tidak mahu mensensasikan isu, perkara itu didiamkan dulu. Oleh kerana kita-kita ni setakat belajar di FoKS saja adalah tidak manis utk kata orang tu salah orang ni betul kalau dari segi stroknya saja tetapi bagi saya kalau karakter huruf tak betul, memang sah sah salah. Juga tidak boleh mengatakan hanya kita yang betul kalau setakat idea itu terbit dari pemikiran kita semata2. Belajar apa pun kena ada guru, kalau kita setakat fikir sendiri dan kata itu final - payah lah macam ni.

Kenapa cara Sakal tidak di apply di FoKS? Kerana dia masih mengekalkan font kufi purba dalam karyanya contoh - menghilngkan titik.


                                           Calligraphic Name for Khaldoun and Safa Fansa
Sepatutnya medan perbincangan di foks merujuk kepada 'guru'2 selain dari idea sendiri tetapi apa yang terjadi seolah2 semua  kena ada kata putus dari arif. Kalau dulu2 saya perasan yang saya banyak 'melawan' sehingga seolah di FokS ini wujud kroni. Kalau hujah saya betul sekalipun orang segan nak angguk sebab ia datang dari saya tapi akhir2 ni saya terperasan ada orang yang berani memegang hujah mereka sendiri sehingga berlaku beberapa perbincangan hebat.

saya harap point ini di lihat dengan akal dewasa sebab apa yang saya maksudkan di sini ialah :
1.perbincangan kena ada give and take
2.kita kena ada rujkan luar bukan setakat kalangan FoKS semata2.

Ini belum masuk bab layanan "kasar" otai2 dan junior berlagak otai. Kalau saya sentuh isu ni  mau gaduh dengan orang2 yg berfikir pakai kepala lutut dan orang yang berani dengan geng sahaja. Saya taak mau sentuh isu ni, tapi fyi saya simpan posting2 lama and somebody here knew abou it. Lupakanlah bab layanan ni sebab itu lebih kepada peribadi seseorang cuma bagi saya yang kaki provoke ni, memang saya bagi balik, kerana itu stail saya. Sebab itu sesetengah orang akan lihat saya sebagai keras, tapi mereka lupa sejarah.

Ariff Ashaari kalau kufi "Did-Ji-Ri-Du" ini wujud di zaman khalifah Uthman pon, rasa nya Khalifah Uthman biarkan je, sebab jelas ini bukan AYAT QURAN

Saya tak berani nak bergurau dengan khalifah...

Azizi Mohammed Isa betul.. klu x, xde lah kufi antik kat dlm Kaabah atau kat dinding mimbar masjd Nabawi...betulkan?
Ariff Ashaari tau takpe hehehe...cer ulang tayang balik untuk pencerahannya!

Azizi tau ke tarikh kufi yang dipamir di dalam kaabah dan yang ada di masjid nabawi tu?Kalau tak tau tarikhnya baik takyah buat statement ni. Sebabnya - rujuk Islamic Awarness dan artikel berkaitan on the net. Saya pernah bertanya kepada george tentang maklumat kufic yang diperolehinya, dan kata george kebanyakannya  dari internet dan dengan bantuan mahdi dari isfahan. Manakala ada satu thesis di sebuah universiti English berkenaan kufi ini namun george belum memperolehinya dan setahu saya yang ada PhD daalam square kufic adalah Mamoun sakkal namun saya belum berhubung dengannya lagi.

Tak kenal george? Tak kenal Mahdi? .... nasib kau lah labu....

Abi Husna belasah lah nak belasah apapun, i'm out because of discussion because i have deliver what i should deliver. Bhasa alquran itu bahasa mukjizat, kenapa quran tidak ditulis dalam bahasa arab moden w/pun ada ulamak membolehkannya?
Ariff Ashaari out of topic lah Abi Husna, sorry saya tak perlu jawab 

-end-

3 comments:

  1. mengenai penggunaa titik ini bukanlah isu besar sgt pun pd saya...Zaman Saidina Uthman, beliau mencipta titik dan baris dlm penulisan al Quran supaya org ajam (bukan arab) dapat membaca al-quran dengan mudah...itu matlamat asalnya...bukan soal kufi old skol atau lainnya...untuk memudahkan pembacaannya...

    mengenai nak guna titik atau tidak dlm karya foks...sy berpendapat jika ayat yg kita sudah biasa spt Bismillah, syahadah atau kalimah atau ayat yg memeng kita biasa baca spt 4 qul, alfatihah, ayat qursi...dibolehkan...kerana apa yg dilihat adalah kebiasaan kalimah pd org islam...

    ini pun sebenarnya satu bentuk dakwah sebenarnya kalau kita kaji dalam aspek yang lebih luas...

    ada 2 khattat dr timur dan barat yang asalnya KAPIR...masuk ISLAM kerana tertarik dengan keindahan seni khat ini...

    ayat yang sama... tetapi berlainan rekabentuk, sekejap ada titik, sekejapp x da titik, sekejap lonjong, sekejap bulat, sekejap segi, sekejap bunga, pokok, daun, buah dsbgnya...

    2 manusia ini akhirnya tertarik dengan ISLAM lantaran TERLALU terpegun dgn keindahan seni khat...

    so kita x perlu bergaduh pasal isu titik ni...nak guna, lebih baik...kalu x nak guna, jangan pada ayat yg org susah nak kenalinya...

    ReplyDelete
  2. salam. Pendapat tuan ini besandarkan kepada apa ya?

    ReplyDelete
  3. bagi saya, kalau nak gunakan khat ini sebagai media dakwah, biar betul caranya. Klau bagi ayat tak bertitik, orang akan sekadar tenok saja. Khat ini bukan sekadar uk ditengok, malah kalau boleh diamalkan. Bagaimana nak amal dengan betul kalau tak bertiti? Cuba faham isu sebenar di sini..

    ReplyDelete

kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store