Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.

Sunday, June 26, 2011

Surah An Najm Ayat 39





Penerangan oleh Dr Asri dipetik dari DrMAZA.com


PANDANGAN AL-IMAM IBN KATHIR NUKILAN DARI AL-IMAM AS-SHAFII'


Al-Imam Ibn Kathir (w 774) ialah tokoh ilmuwan Islam yg terbilang. Tafsirnya iaitu Tafsir al-Quran al-'Azim atau dikenali dengan tafsir Ibn Kathir telah menjadi antara rujukan utama tafsir bagi umat Islam.


Ketika menafsirkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Najm, ayat 39 (maksudnya):“Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”,

al-Imam Ibn Kathir menyebut: "Maksudnya, seperti mana seseorang tidak menanggung dosa orang lain, demikian dia tidak mendapat pahala melainkan apa yang diusahakannya sendiri. Dari ayat yang mulia ini al-Imam al-Syafi’i dan sesiapa yang mengikutnya membuat kesimpulan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati kerana itu bukan amalan dan usaha mereka. Justeru itu, Rasulullah s.a.w tidak pernah menggalak, atau menyuruh atau menunjukkan umatnya kepada perkara tersebut samada secara nas yang jelas, atau isyarat.Tidak pernah diriwayatkan seorang pun dari kalangan sahabah r.ahum yang berbuat demikian. Jika itu sesuatu yang baik, tentu mereka telah pun mendahului kita melakukannya. Bab ibadah khusus hanya terbatas dalam lingkungan nas semata, tidak boleh diubah-ubah dengan berbagai kias dan pandangan. Adapun doa dan sedekah, maka itu disepakati sampai pahala keduanya kepada si mati kerana dinaskan oleh syarak”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/328, Beirut: Muassasah al-Rayyan).

Tuesday, June 14, 2011

Doa agar dipermudahlan urusan



Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
apabila punya masalah, bacalah doa ini, moga dipermudahkan... insya Allah
created on 14/06/11
kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store