Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.

Wednesday, September 7, 2011

Sujud Tilawah

Rukun sujud Tilawah di Luar Solat
1.Niat
2.Takbiratul ihram
3.Sujud
4.Memberi salam semasa duduk
Syarat-syarat Sujud tilawah
1.Suci dari hadas kecil/besar
2.Menutup aurat
3.Menghadap kiblat
Hukum Sujud Tilawah
Sunat - apabila seseorang itu membaca ayat2 tertentu dalam alquran. Juga sunat kepada orang yang mendengar bacaan itu.
Tempat dan Ayat Yang Disunatkan Sujud Tilawah
1.Akhir surah AlA'raf
2.Ayat 15 Surah al-Ra'd
3.Ayat 50 Surah an Nahl
4.Ayat 109 surah al Isra'
5.Ayat 58 surah Maryam
6.Ayat 18 surah al Hajj
7.Ayat 77 surah al Hajj
8.Ayat 60 surah al Furqan
9.Ayat 26 surah al  Naml
10.Ayat 15 surah as Sajdah
11.Ayat 24 surah sad
12.Ayat 38 surah hamim
13.Ayat akhir surah al Najm
14.Ayat 21 surah al Insyiqaq
15.Ayat akhir surah al 'Alaq


Monday, September 5, 2011

Salawat tafrijiyah (salawat Nariyah)

Translation
O Allah! Bestow complete blessings and perfect peace on Sayyidina Muhammad and for his sake may all our difficulties be removed, all calamities and agonies prevented; all needs fulfilled; all our cherished desires obtained; and a felicitous end to earthly life attained (with Imaan); and (give us) rain-showering clouds through the generous countenance of the Prophet, and (bestow blessings and peace as well) on his family and companions in every moment and every breath, as many times as is in Your Knowledge (that is unlimited blessings).

Benefits
If read 41 times after fajr prayer will be successful with all the intentions in their heart and Allah will eliminate all the bad and  facilitate all of lifes affairs.
If read 313 times A miraculous thing will open or open secrets from the ghaib-unseen.
If read 4444 times will reach all his goals and the intention in this world and hereafter and open all doors of goodness To be read 4444 and dua made for ones intention for reading it.
If read 1000 times then for him (will obtain) what was not possible by human kind and will obtain what not had been seen by the eyes, nor had been heard by ears and not had crossed in the heart” of humankind.”
A saalik-(traveller on the spiritual path) is recommended to recite this salawat 4444 times in his lifetime
nariyah/http://higherstations.wordpress.com/2010/01/26/salawat-tafrijiyah-salawat-nariyah/


FAKTA TENTANG SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH:

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Thursday, July 21, 2011

Mempercayai tukang sihir, Kahin dan 'Arraf = kufur kepada AlQuran

Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abi Hurayrah r.a,
Man ata sa hiran au kaa hinan au 'arrafan fasoddakohu bima yaquulu faqod kafara bima unzila 'ala Muhammadin sollallahu'alaihiwasallam

Sesiapa yang mendatangi ahli sihir atau kahin (seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib) atau 'Arraf (tukang tilik) lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan AlQuran al Karim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

Rujukan: Rawatan Penyakit Akibat Sihir - Tuan Guru dato' Dr Haron Din, Darul Syifa
              Siri Pengajian Pengubatan Islam  Siri Lima

Sunday, June 26, 2011

Surah An Najm Ayat 39





Penerangan oleh Dr Asri dipetik dari DrMAZA.com


PANDANGAN AL-IMAM IBN KATHIR NUKILAN DARI AL-IMAM AS-SHAFII'


Al-Imam Ibn Kathir (w 774) ialah tokoh ilmuwan Islam yg terbilang. Tafsirnya iaitu Tafsir al-Quran al-'Azim atau dikenali dengan tafsir Ibn Kathir telah menjadi antara rujukan utama tafsir bagi umat Islam.


Ketika menafsirkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Najm, ayat 39 (maksudnya):“Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”,

al-Imam Ibn Kathir menyebut: "Maksudnya, seperti mana seseorang tidak menanggung dosa orang lain, demikian dia tidak mendapat pahala melainkan apa yang diusahakannya sendiri. Dari ayat yang mulia ini al-Imam al-Syafi’i dan sesiapa yang mengikutnya membuat kesimpulan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati kerana itu bukan amalan dan usaha mereka. Justeru itu, Rasulullah s.a.w tidak pernah menggalak, atau menyuruh atau menunjukkan umatnya kepada perkara tersebut samada secara nas yang jelas, atau isyarat.Tidak pernah diriwayatkan seorang pun dari kalangan sahabah r.ahum yang berbuat demikian. Jika itu sesuatu yang baik, tentu mereka telah pun mendahului kita melakukannya. Bab ibadah khusus hanya terbatas dalam lingkungan nas semata, tidak boleh diubah-ubah dengan berbagai kias dan pandangan. Adapun doa dan sedekah, maka itu disepakati sampai pahala keduanya kepada si mati kerana dinaskan oleh syarak”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/328, Beirut: Muassasah al-Rayyan).

Tuesday, June 14, 2011

Doa agar dipermudahlan urusan



Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.
apabila punya masalah, bacalah doa ini, moga dipermudahkan... insya Allah
created on 14/06/11

Thursday, February 10, 2011

Monday, February 7, 2011

FATIHAH & BASMALLAH


UNTUK MAKLUMAN - KARYA INI SEBAGAI ARKIB SAHAJA, ADA KESILAPAN PADA SAMBUNGAN TA KE AIN DALAM AN AMTA 'ALAIHIM. BELUM DI PERBETULKAN, SILA JANGAN DOWNLOAD.

CODE NO: FATB 03

CODE NO: FATB 02
CODE NO: FATB 01

CODE NO: FAT 07
CODE NO: FAT 06

CODE NO: FAT 05
CODE NO: FAT 04

CODE NO: FAT 03
CODE NO: FAT 02
CODE NO: FAT 01

kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store