Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya
Keputusan
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama 
Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah 
membincangkan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat
 Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan  Seumpamanya. 
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- 
  Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang
 boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah 
dilarang;
 - 
  Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;
 - 
  Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;
 - 
  Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan 
susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau 
mengelirukan atau mengubah maknanya; dan
 - Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.
 
No comments:
Post a Comment